Halaman

Mei 04, 2016

#Review : Ada Apa Dengan Cinta 2

Semua sudah sedia maklum, sudah 14 tahun sejak AADC meninggalkan kita (jaman aku tingkatan 1 lol!), mereka kembali membuat comeback dengan sekuel kedua mereka.



Sekuel Ada Apa Dengan Cinta 2 ini, memperlihatkan kisah cinta mereka yang kembali bertaut setelah hubungan jarak jauh mereka terputus di tengah jalan tanpa sebarang penjelesan yang tuntas dari Rangga.

Cerita nya bermula bila Cinta dan teman baiknya - Milly, Maura, Karmen kembali dan bercuti bersama di Yogjakarta bagi menyaksikan pertunjukan art Eko Nogroho. Untuk pengetahuan pembaca, watak Eko Nugroho ini bukannya watak rekaan tapi Eko memang benar-benar wujud disebabkan oleh nilai seninya yang terkenal. Masakan tidak, Louis Vuitton menjemput beliau untuk pertunjukan fashion mereka tau!

Dan kebetulan, Rangga pulang ke Yogjakarta untuk mencari ibunya yang terpisah sejak 25 tahun yang lepas. Dan kepulangan Rangga disedari oleh Milly dan Karmen, ketika mereka di kedai bakeri.

Dari situ, bermula lah rancangan teman baik Cinta untuk cuba menyatukan Cinta dan Rangga untuk bertemu dan mendapatkan penjelasan dari mulut Rangga sendiri atas alasan mengapa dia meminta putus.

Kesudahannya kalian boleh menyaksikan sendiri di pawagam berhampiran. Tak kuasa aku nak cerita semua. Haha.

Nah, sedikit trailer AADC2 buat kalian yang masih belum nyempat nonton.



Well, kali ni saya nak berkongsi sedikit pendapat saya tentang Ada Apa Dengan Cinta 2 ini.

  • Director kena buat sedikit flashback mmandangkan memori penonton sudah berkulat. Bayangkan, empatbelastahun kot. Puas kau nak kena buka Youtube balik sebab nak recalled semula sedutan filem mereka yang pertama.
  • Part Alya sudah meninggal. Penonton tertanya-tanya, bagaimana Alya pergi. Ya, memang ada di dalam dialog Rangga, bahawa Alya meninggal disebabkan oleh kemalangan. Tapi kemalangan bagaimana itu masih kabur. Wataknya terus mati. Adalah lebih baik kalau direktor membuat sedikit flashback bagaimana Alya itu pergi. Jadi semuanya tuntas gitu.
  • Part ending, bila Cinta melihat Rangga berpelukan dengan pekerja nya, Rangga terus explain secara direct. Lol. Tiada unsur surprise! Rangga perlu bikin sedikit elemen dramatik bagi menguji Cinta, ye tak?
  • Kenapa AADC2 ni kurang lagu OST nya berbanding filem pertama? Sememangnya lagu-lagu Melly Goeslaw itu yang bisa membuat kita terkenang kisah mereka yang pertama, iya kan?

Tapi saya merasakan filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ini lebih matang berbanding dengan kisah cinta mereka yang pertama. Ceritanya santai tetapi penuh emosi yang cuba dicungkil oleh direktornya.

Dan seperti biasa, saya memang tertunggu-tunggu dengan puisi Rangga. Deep and touched. Dan watak teman-teman Cinta seperti Milly, Maura dan Karmen itu memang membuatkan filem ini lebih 'hidup'. Milly itu wataknya funny banget ya. HAHA.

Apa-apa pun, syabas kerana direktor telah membuktikan, jodoh itu akan tetap bertaut eventhough dah 14 tahun kau berjauhan. Konon nak bagi korang motivasi bahawa cinta itu tidak pernah mati. Malah, menguatkan lagi.

Pengajaran entri hari ni: Jangan pergi meninggalkan orang yang kita cinta tanpa sebaran penjelasan yang tuntas. Perasaannya itu enggak enak. Sakit, digantung begitu saja.


Februari 12, 2016

HELIPAD, KUALA LUMPUR.

Jaman sekarang ni, asal post di social media je terus jadi viral. So, kali ni nak berkongsi tentang satu destinasi (takde lah so-called 'destinasi' actually) di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

HELIPAD.

Taknak cerita banyak sebab nanti korang bosan baca. Jadi saya tuliskan dalam bentuk point mengenai info HELIPAD ni. Ke malas jugekk?!

1. Terletak di atas Menara KH, Jalan Sultan Ismail. Right next to Raja Chulan LRT Station. Can search using WAZE, but it's a bit confusing sebab waze tu gilo. So, please ensure your eyes wide open masa searching tu.  IF, you are planning to go there during weekend, I would suggest if you take a public transport, sebab parking dia kadang buka kadang tak. And kalau nak parking dekat depan bangunan tu, yes boleh. But you'll be charge RM20/Entry! (if you don't mind to spend)

2. Located at 34th floor. But before you enter the bar, you guys akan di-'sport-check' oleh security guard. Check macam dekat airport siap ada alat ninoninoninonino.

3. Lepas dah clean, proceed to bar. Syarat untuk ke helipad ni, it's a MUST for everyone of you to buy a drink. 1 drink will cost you about RM20-35/each! (It's normal if you could see Meleisss acah order beer, bangga pegang gelas arak. And girl bertudung duduk sebelah!)


4. Helipad will open at 6PM, tapi kita dah boleh naik ke tingkat 34 tu dalam pukul  530 PM. Boleh santai dekat bar tu sementara gate dibuka. Their workers will announce once it opened.

5. Jinjit lah air korang yang mewah tak terperi tu naik lagi dua tingkat. 

6. It's a first come first serve basis. So, kalau kau lambat, kau kena lah berdiri ala cocktail drinks gitchew,

7. ENJOY THE VIEW, THE SUNSET IS STUNNING THO!

**Additional info: Entry after 9PM, each person will be charge RM100!



Alah, kasi lah abam chance!

Disember 10, 2015

Laser Intradiscal for Slipped Disc


Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus menulis dan berkarya.
Diri ini diuji dengan-Nya sekali lagi.

Alkisahnya, pada bulan Ogos yang lepas, saya telah terjatuh tergelincir semasa bermain roller blade di Putrajaya. Umum tahu, kalau terjatuh ni memang effect nya sangat bahaya. Silap-silap boleh lumpuh.
Syukur lah saya tidak sampai ke tahap itu,

Ketika saya sedang menulis blog ini, saya masih di dalam wad. Menulis sambil merenung luar jendela, memandang rintik hujan berguguran di luar tingkap bilik. Dan mereput. Baru lepas buat injection yang dipanggil sebagai Radiofrequency Intradiscal Laser. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Apa itu rawatan laser intradiskal?

Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.

Pertama kali saya disahkan terkena slipped disc oleh doktor pakar yang merawat saya pada ketika itu adalah pada 06/10/2015. Ada 2 joint yang terlibat - L5 ; S1 (Tulang rawan berhampiran pinggul)
Ketika itu admitted warded untuk buat rawatan scan MRI. Kena tahan ward dalam 3 hari. Selepas itu doctor continue dengan rawatan Physioteraphy seminggu 2 kali. Memang tak boleh pergi kerja sebab kerja saya memerlukan duduk hampir 8jam! Bahagian yang terjejas di bahagian pinggang & pinggul. Hospitalization Leave hampir 2 bulan.

Bila pergi physio pun, masih tidak menunjukkan sebarang reaksi positif. Jadi doktor pakar yang merawat saya mencadangkan supaya saya buat rawatan laser Intradiscal.

Rawatan laser diteruskan pada 08/12/2015, jam 630 petang. Diberi ubat bius separa sedar sebab pesakit diperlukan untuk berinteraksi dengan doctor sepanjang pembedahan berlangsung. Takut terkena pada nerve lain. Pembedahan mengambil masa hampir 2 jam. Semalaman terlantar atas katil. Mereput lagi.




Sebelum pembedahan berlangsung.

Ketika saya sedang menulis ini, sakit saya berkurangan. Tapi tidak lah 100% sembuh. Kena juga ikhtiar dengan cara luar. But it's better than before. Kalau dahulu, memandu tak sampai sejam, pinggang dah mula sakit-sakit, Sekarang Alhamdulillah. Menunjukkan reaksi yang positif. Tapi nak saya kongsikan di sini, sekali awak dah terkena slipped disc, memang awak akan menghidapnya sampai bila-bila. Rawatan hospital hanya lah untuk jangka masa pendek sahaja. Jadi, kita kena harus selalu positif, jaga postur badan dalam semua aspek. Tidak boleh angkat beban yang terlalu berat.

Sebelum operation, doktor akan pesan, akan ada infection pada bahagian yang disuntik tapi tak perlu bimbang kerana antibiotik akan diberi dan dimonitor setiap masa oleh nurse.

Penting untuk anda mempunyai insurance pada waktu kecemasan begini kerana kos laser ini sahaja sudah mencecah 15-17K. Saya buat rawatan ini di KPJ Klang. Dan saya cadangkan supaya anda yang ada masalah hampir sama seperti saya supaya refer pada Doktor Pakar Tulang, Dr. Sri Subanesh. Dia banyak membantu, beri nasihat dan pandangan sepanjang saya tersadai di sini.

DOAKAN SAYA SEMOGA CEPAT SEMBUH YA.