Semua sudah sedia maklum, sudah 14 tahun sejak AADC meninggalkan kita (jaman aku tingkatan 1 lol!), mereka kembali membuat comeback dengan sekuel kedua mereka.
Photo credit: http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-reviews/2016/04/28/review-ada-apa-dengan-cinta-2/
Sekuel Ada Apa Dengan Cinta 2 ini, memperlihatkan kisah cinta mereka yang kembali bertaut setelah hubungan jarak jauh mereka terputus di tengah jalan tanpa sebarang penjelesan yang tuntas dari Rangga.
Cerita nya bermula bila Cinta dan teman baiknya - Milly, Maura, Karmen kembali dan bercuti bersama di Yogjakarta bagi menyaksikan pertunjukan art Eko Nogroho. Untuk pengetahuan pembaca, watak Eko Nugroho ini bukannya watak rekaan tapi Eko memang benar-benar wujud disebabkan oleh nilai seninya yang terkenal. Masakan tidak, Louis Vuitton menjemput beliau untuk pertunjukan fashion mereka tau!
Dan kebetulan, Rangga pulang ke Yogjakarta untuk mencari ibunya yang terpisah sejak 25 tahun yang lepas. Dan kepulangan Rangga disedari oleh Milly dan Karmen, ketika mereka di kedai bakeri.
Dari situ, bermula lah rancangan teman baik Cinta untuk cuba menyatukan Cinta dan Rangga untuk bertemu dan mendapatkan penjelasan dari mulut Rangga sendiri atas alasan mengapa dia meminta putus.
Kesudahannya kalian boleh menyaksikan sendiri di pawagam berhampiran. Tak kuasa aku nak cerita semua. Haha.
Nah, sedikit trailer AADC2 buat kalian yang masih belum nyempat nonton.
Well, kali ni saya nak berkongsi sedikit pendapat saya tentang Ada Apa Dengan Cinta 2 ini.
- Director kena buat sedikit flashback mmandangkan memori penonton sudah berkulat. Bayangkan, empatbelastahun kot. Puas kau nak kena buka Youtube balik sebab nak recalled semula sedutan filem mereka yang pertama.
- Part Alya sudah meninggal. Penonton tertanya-tanya, bagaimana Alya pergi. Ya, memang ada di dalam dialog Rangga, bahawa Alya meninggal disebabkan oleh kemalangan. Tapi kemalangan bagaimana itu masih kabur. Wataknya terus mati. Adalah lebih baik kalau direktor membuat sedikit flashback bagaimana Alya itu pergi. Jadi semuanya tuntas gitu.
- Part ending, bila Cinta melihat Rangga berpelukan dengan pekerja nya, Rangga terus explain secara direct. Lol. Tiada unsur surprise! Rangga perlu bikin sedikit elemen dramatik bagi menguji Cinta, ye tak?
- Kenapa AADC2 ni kurang lagu OST nya berbanding filem pertama? Sememangnya lagu-lagu Melly Goeslaw itu yang bisa membuat kita terkenang kisah mereka yang pertama, iya kan?
Tapi saya merasakan filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ini lebih matang berbanding dengan kisah cinta mereka yang pertama. Ceritanya santai tetapi penuh emosi yang cuba dicungkil oleh direktornya.
Dan seperti biasa, saya memang tertunggu-tunggu dengan puisi Rangga. Deep and touched. Dan watak teman-teman Cinta seperti Milly, Maura dan Karmen itu memang membuatkan filem ini lebih 'hidup'. Milly itu wataknya funny banget ya. HAHA.
Apa-apa pun, syabas kerana direktor telah membuktikan, jodoh itu akan tetap bertaut eventhough dah 14 tahun kau berjauhan. Konon nak bagi korang motivasi bahawa cinta itu tidak pernah mati. Malah, menguatkan lagi.
Pengajaran entri hari ni: Jangan pergi meninggalkan orang yang kita cinta tanpa sebaran penjelasan yang tuntas. Perasaannya itu enggak enak. Sakit, digantung begitu saja.
Pengajaran entri hari ni: Jangan pergi meninggalkan orang yang kita cinta tanpa sebaran penjelasan yang tuntas. Perasaannya itu enggak enak. Sakit, digantung begitu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan